18 January 2013

Retarder system

Sistem perencat ( Retarder system ) ??

Retarder jenis bendalir

 Perencat jenis bendalir hidraulik


Retarder jenis elektromagnetik



OPERASI SISTEM PERENCAT JENIS BENDALIR 

Sistem perencat bendalir ini menggunakan cecair hidarulik bagi operasinya. Cecair hidraulik ini bertindak sebagai daya yang akan memberikan tekanan dan geseran cecair kepada gear pada sistem perencat seterusnya mengurangkan daya kilas pada gear yang terdapat pada kotak gear. Perencat memulakan operasinya pada suis yang terdapat pada bahagian pemandu. Apabila suis perencat ditekan, arus elektrik akan menghantar arahan ke sistem perencat untuk menghantar cecair hidraulik ke gear yang terdapat pada perncat tersebut. Selepas itu, gear tersebut akan memberikan tekanan kepada gear khas yang terdapat pada kotak gear. Daya kilas pada gear khas tersebut akan berkurangan secara mendadak diatas desakan tekanan dan geseran yang terhasil dari cecair hidraulik. Apabila daya kilas berkurangan, roda belakang kenderaan juga akan bertindak balas dengan mengubah kelajuan kenderaan kepada keadaan nyahpecutan.

OPERASI SISTEM PERENCAT JENIS ELEKTROMAGNETIK
  
Sistem perencat jenis elektromagnetik ini beroperasi dengan menggunakan arus elektirk yang dibekalkan oleh bateri. Apabila suis perencat ditekan, arus elektrik akan bertindak sebagai penghantar arahan bagi membrek kenderaan. Arus elektrik tersebut akan pergi ke magnet pada sistem perencat elektromagnetik dengan jumlah voltan yang sesuai. Arus elektrik tersebut akan bertindak balas dengan magnet dan menghasilkan satu daya yang dapat menolak piring perencat.piring perencat ini bersambung dengan long shaft pada kenderaan berat tersebut. Apabila daya tolakan bertindakbalas antara magnet, daya kilas yang dimiliki oleh long shaft juga akan makin berkurangan dan seterusnya akan menyebabkan kenderaan tersebut berada pada keadaan nyahpecutan.

  FUNGSI SISTEM PERENCAT ( RETARDER SYSTEM )

1.    Mengubah kelajuan kenderaan kepada keadaan nyahpecutan ( deceleration ).
2.    Menghasilkan daya membrek kepada kenderaan
3.    Membantu sistem brek yang lain dalam proses memperlahankan kenderaan.
4.    Menjimatkan penggunaan sistem brek yang lain seperti penggunaan brek gelendong atau brek disk.
5.    Sebagai brek kecemasan bagi sesebuah kenderaan tersebut.

  KELEBIHAN SISTEM PERENCAT ( RETARDER SYSTEM )

1.    Memberikan kecekapan membrek bagi sesebuah kenderaan tersebut.
2.    Membantu sistem brek yang lain untuk menyahpecut ( decelerate ) kenderaan semasa kecemasan.

KEBURUKAN SISTEM PERENCAT ( RETARDER SYSTEM )

1.    Kos pemasangannya yang tinggi.
2.    Perlukan pemantauan dan pemeriksaan yang kerap.

 KESIMPULAN
Pada kebiasaannya, sistem perencat ini dimiliki oleh kenderaan yang berat seperti bas dan lori. Sistem perencat ( retarder ) ini mempunyai dua jenis iaitu jenis elektromagnetik dan bendalir hidraulik. Kedua-dua jenis perencat ini berfungsi dengan cara yang berbeza tetapi dengan tujuan yang sama. Tujuan sistem perencat ini direka khas bagi membantu sistem brek yang lain untuk mendapatkan kelajuan nyahpecutan ( deceleration ). Bagi perencat jenis bendalir hidraulik, ianya menggunakan cecair bagi mengenakan daya dan tekanan untuk mengurangkan daya kilas gear yang terdapat dalam kotak gear. bagi perencat jenis elektromagnetik pula, ianya menggunakan arus bagi menghasilkan kuasa elektromagnetik antara plat magnet bagi mendapatkan tindakbalas daya yang akan mengurangkan daya kilas yang dimiliki oleh long shaft pada kenderaan tersebut. Sistem ini perlu diservis dan diperiksa dengan baik bagi mendapatkan kecekapan nyahpecutan yang baik.

No comments: