17 January 2013

Engines system


ENJIN??



PENGENALAN

Enjin merupakan nadi penggerak bagi sesebuah kenderaan. Enjin menghasilkan kuasa apabila berlakunya pembakaran pada kebuk pembakaran pada blok enjin. Campuran udara dan bahan api yang dimampatkan akan melalui proses pembakaran bagi menghasilkan daya pada omboh yang dapat memutarkan aci engkol ( crankshaft ) pada enjin tersebut.
Enjin terbahagi kepada dua iaitu enjin pembakaran dalam dan enjin pembakaran luar. Enjin pembakaran luar seperti enjin stim yang digunakan oleh keretapi atau kapal yang lama dimana pembakarannya berlaku di luar.
Pada enjin terdapat tali sawat dan gigi gear yang dapat memindahkan kuasa putaran enjin pada sistem automotif yang lain seperti pengulangalik ( alternator ), pemampat udara, pemampat penghawa dingin, pam air dan sebagainya.
Terdapat empat sistem sokongan untuk memastikan enjin sentiasa menghasilkan kuasa iaitu sistem bahan api ( fuel system ), sistem penyalaan ( ignition system ), sistem pelinciran ( lubricating system ) dan sistem penyejukan ( cooling system ). Keempat-empat sistem ini diperlukan bagi memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik.

TUJUAN ENJIN

1)      Sebagai media utama bagi menggerakkan sesebuah kenderaan
2)      Memindahkan kuasanya melalui tali sawat dan gear bagi menggerakkan sistem-sistem yang lain seperti pam air, pengulangalik ( alternator ) pemampat udara dan sebagainya.

OPERASI ENJIN ( PEMBAKARAN BAHANAPI-UDARA )

Enjin memerlukan bahan api dan udara bagi melakukan proses pembakaran. Bagi enjin yang menggunakan bahanapi diesel, pam bahan api ( fuel pump) diperlukan bagi memastikan diesel di dalam tangki simpanan dapat mengalir ke penyuntik bahan api ( fuel injector ). Udara pula ditarik dari atmosfera memasuki sistem penapis udara ( air filter ) bagi menapis kotoran dari memasuki enjin. Seterusnya udara tersebut akan mengalir masuk ke dalam sistem turbo dan dimampatkan oleh kipas turbin bagi memastikan udara tersebut dapat didesak kedalam kebuk pembakaran enjin dengan halaju yang sangat tinggi sehingga mencapai kecekapan udara sehingga 120% berbanding enjin biasa yang hanya mencapai kecekapan 70% sahaja. Kemudiannya udara melalui sistem intercooler bagi menstabilkan suhu udara berhalaju tinggi tersebut kepada suhu kendalian enjin. Dengan suhu yang sesuai, udara berhalaju tinggi tersebut memasuki paip udara pada kepala enjin ( head engine ) dan seterusnya memasuki kebuk pembakaran melalui injap udara. Omboh akan memampat udara beserta bahan api tersebut sehingga berlakunya pembakaran. Apabila berlakunya pembakaran, omboh akan berpatah balik pada kedudukan asalnya dan proses ini berlaku secara ulang alik dimana aci engkol ( crankshaft ) pada enjin dapat diputarkan dengan daya kilas yang sesuai mengikut kelajuan ulang alik omboh dalam blok enjin tersebut. Hasil dari pembakaran bahan api beserta udara tersebut akan menghasilkan gas yang disebut sebagai gas karbon monoksida. Gas ini akan dialirkan keluar dari kebuk pembakaran melalui injap ekzos yang terdapat pada kepala enjin. Kemudiannya gas tersebut melalui ekzos manifold dan memasuki sistem turbo serta dibebaskan ke atmosfera semula.



PROSES UNTUK BAIKPULIH ( OVERHAUL ) ENJIN...

Overhaul engines part 1

Overhaul engines part 2
 Overhaul engines part 3
Overhaul engines part 4
Overhaul engines part 5
Overhaul engines part 6
Overhaul engines part 7
Overhaul engines part 8

FUNGSI KOMPONEN DALAM SISTEM ENJIN

Omboh ( piston )



Omboh merupakan media yang penting bagi menggerakkan/memutarkan aci engkol ( crankshaft ). Disebabkan oleh pembakaran bahan api dan udara, satu daya dihasilkan bagi menolak omboh secara berulang alik.

Injap udara:
Mengawal aliran udara memasuki kebuk pembakaran enjin bagi melakukan proses pembakaran dalaman.

Injap ekzos:
memastikan gas yang terhasil disebabkan oleh pembakaran bahanapi-udara dikeluarkan dari kebuk pembakaran dalaman pada blok enjin.

Aci engkol ( crankshaft ):                             
Memindahkan kuasa melalui tali sawat dan gear bagi menggerakkan/ memutarkan sistem-sistem yang lain seperti pengulangalik ( alternator ), pam air, pam bahan api ( fuel pump ), pemampat udara dan sebagainya.

Penyuntik bahan api ( fuel injection ):
Memastikan bahan api ( diesel/petrol ) dapat disuntik kedalam kebuk pembakaran dalam bagi melakukan proses pembakaran.

Spring injap ( valve spring ) dan aci sesondol ( camshaft ):
Mengawal udara melalui injap udara dan injap ekzos.

Silinder:
Sebagai pengadang bagi omboh dan memastikan bahanapi-udara menjalani proses pembakaran melalui proses mampatan.

Pam minyak pelincir ( oil pump ):
Mengepam minyak pelincir keseluruh enjin yang memerlukan pelinciran.

Penapis minyak pelincir dan penapis bahan api:
Memastikan kekotoran dapat ditapis bagi memastikan kecekapan enjin dapat berfungsi dengan baik tanpa berlakunya sebarang masalah seperti hos tersumbat dengan kotoran dan sebagainya.

KESIMPULAN

Sistem enjin merupakan nadi penggerak utama bagi sesebuah kenderaan. Kenderaan darat pada kebiasaannya menggunakan bahanapi jenis petrol dan diesel. Pembakaran bahanapi-udara didalam kebuk pembakaran dalam enjin menghasilkan daya pada omboh bagi memutarkan aci engkol ( crankshaft ). Kadar masukan udara dan bahanapi yang baik dapat memberikan kecekapan kepada sesebuah enjin tersebut. Servis yang baik mestilah dilakukan pada tempoh yang ditetapkan bagi memastikan sistem enjin dapat beroperasi dengan baik.

No comments: