17 January 2013

Turbo charger

PENGECAS TURBO?? APE TUH??

PENGENALAN

     Turbo merupakan alat pemampat gas yang digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan pada enjin. Tujuan utama turbo ialah bagi meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa.Walaubagaimanapun turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin yang juga digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri dan bukannya secara pacuan mekanikal terus.




 BAGAIMANA PENGECAS TURBO BEROPERASI??

 TUJUAN SISTEM TURBO DIREKA PADA KENDERAAN

*      Menambahkan kelajuan udara yang dimasukkan kedalam enjin
*      Menambah kuasa pada enjin kenderaan

 KELEBIHAN SISTEM TURBO PADA KENDERAAN

*      Enjin yang mempunyai turbo menawarkan kuasa kuda lebih dari 30% dari enjin biasa.
*      Enjin yang mempunyai turbo lebih jimat kerana turbo mengitar semula momentum angina yang dikeluarkan oleh ekzos dan memberi bantuan untuk ruang pembakaran bernafas dengan lebih lancar.
*      Mempunyai injap blow off dimana ianya berfungsi untuk melepaskan udara berhalaju tinggi yang berlebihan yang ditarik oleh turbin.
*      Meningkatkan kecekapan pengaliran udara pada enjin sehingga 120% berbanding enjin biasa tanpa turbo hanya mencapai kecekapan udara hanya 70% sahaja.

  KEBURUKAN SISTEM TURBO

*      Enjin yang mempunyai turbo tidak boleh dikendali terlalu lasak sehingga kuasa yang dapat dihasilkan melebihi kemampuan operasi enjin.
*      Kuasa yang sukar dikawal akibat turbo lag akan menyebabkan kenderaan mudah hilang kawalan.
*      Bahan api mudah dibazirkan kerana ketika keadaan injap udara dan injap ekzos terbuka, banyak campuran angin-bahanapi yang disuntik kedalam kebuk pembakaran tidak sempat terbakar dan dibazirkan begitu sahaja disebabkan oleh kedua-dua injap tersebut beroperasi dengan tahap maksimum.

SISTEM TURBO DALAM KENDERAAN
Secara umumnya sistem turbo membantu enjin menghasilkan kuasa yang lebih yang disebabkan oleh udara yang berhalaju tinggi disuapkan secara paksaan ke dalam kebuk pembakaran dalam sistem enjin. Dalam sistem enjin, semakin banyak jumlah udara yang disuapkan kedalam sistem, semakin tinggi kuasa yang dapat dihasilkan oleh enjin tersebut. Sistem aliran udara ini bermula dari penapis udara ( air filter ). Udara di atmosfera akan memasuki penapis udara bagi menapis sebarang kotoran. Kemudiannya udara tersebut akan memasuki sistem turbo dimana halaju udara akan bertambah disebabkan oleh putaran turbin dan mampatan udara oleh kipas turbin yang terdapat didalam sistem turbo itu sendiri.seterusnya udara yang berkelajuan tinggi tersebut akan memasuki intercooler bagi menjalani proses penyejukan bagi mendapatkan suhu kendalian yang sesuai bagi enjin berfungsi. Sistem intercooler ini menyerupai sistem radiator tetapi bendalir yang digunakannya sahaja yang berbeza dimana intercooler menggunakan udara manakala radiator menggunakan air. Sistem intercooler ini amat penting bagi sistem turbo kerana udara yang berkelajuan tinggi yang dihasilkan oleh turbo tersebut juga mempengaruhi pertambahan suhu udara tersebut. Selepas mendapatkan kelajuan udara yang tinggi dan suhu kendalian udara yang sesuai bagi enjin, udara berhalaju tinggi tersebut akan disuapkan ke paip pada kepala enjin melalui injap udara. Selapas menjalani proses pembakaran di kebuk pembakaran di dalam enjin, udara tersebut akan dikeluarkan dari kebuk pembakaran enjin melalui injap ekzos dan kemudiannya melalui manifold. Udara selepas berlakunya pembakaran tersebut dikenalpasti sebagai gas karbon monoksida. Gas ini seterusnya akan memasuki turbo pada bahagian ekzos bagi memutarkan kipas turbin pada turbo . selepas itu, gas tersebut akan dilepaskan ke udara melalui paip ekzos. Untuk mengelakkan dari turbin terbakar disebabkan oleh suhu operasinya mencapai sehingga 900 degree celcius, satu hos minyak pelincir dibekalkan ke shaft pada turbin tersebut bagi memastikan sistem turbo dapat berfungsi dengan baik.

PROSES ALIRAN UDARA MELALUI SISTEM TURBO

1)      Kemasukan udara ke roda pemampat
2)      Udara yang dimampatkan di alirkan ke sistem intercooler
3)      Intercooler mengimbangi suhu udara berhalaju tinggi
4)      Udara berhalaju tinggi dengan suhu kendalian enjin yang sesuai disuapkan ke blok enjin melalui injap bagi menjalani proses pembakaran
5)      Hasil dari pembakaran, gas karbon monoksida terhasil dan gas tersebut dilepaskan melalui injap ekzos dan seterusnya melalui manifold yang terdapat pada enjin.
6)      Gas memasuki sistem turbo pada bahagian ekzos bagi memutarkan turbin pada turbo
7)      Gas karbon monoksida dikeluarkan dari sistem turbo dan dilepaskan ke udara melalui paip ekzos.

BREK EKZOS



Brek ekzos digunakan bagi menahan gas yang keluar dari turbo dengan cara menutup injap paip ekzos. Dengan cara ini, gas yang keluar dari turbo akan termampat dan akan menahan piston dari beroperasi dengan lebih laju.

FUNGSI BREK EKZOS

1.      Memberikan nyahpecutan kepada kenderaan
2.      Memberikan tekanan hasil dari mampatan gas yang dapat memperlahankan pergerakan onboh pada blok enjin.

KEBAIKAN BREK EKZOS

1.      Dapat membantu sistem brek yang lain bagi memberikan nyahpecutan pada kenderaan.

  KEBURUKAN BREK EKZOS

1)      Tekanan yang terlalu kuat hasil dari mampatan gas boleh merosakkan sistem enjin.
2)      Kebocoran pada paip ekzos akan berlaku seandainya tekanan hasil dari mampatan gas melebihi kemampuan paip ekzos.

 KESIMPULAN

     Sistem turbo ini merupakan satu sistem pemaksaan pengudaraan untuk disuapkan ke kebuk pembakaran dalam enjin. Sistem turbo direka bagi menambahkan VE (volumetric efficiency ) ataupun kecekapan isipadu sesebuah enjin itu sebanyak 120 % berbanding enjin biasa tanpa turbo hanya mencapai VE sebanyak 70% sahaja. Dengan adanya sistem turbo ini, enjin dapat meningkatkan kuasa kudanya sebanyak 30% berbanding dengan enjin biasa tanpa turbo. Turbo juga dapat melakukan nyahpecutan bagi kenderaan seperti bas dan lori dengan adanya brek ekzos yang berfungsi untuk menutup injap aliran gas karbon monoksida yang keluar pada turbo ekzos.


No comments: